Esok itu Titik Akhir Penantian

Esok itu Titik Akhir Penantian
Bismillahirrahmanirrahim .

Assalammualaikum semua .
Setelah lama berkelana akhirnya pulang juga ke sini . Jadi saya menyusun sepuluh jari di atas kelewatan saya untuk hadir semula di teratak tercinta ini . Hari ini tarikh 2 Mac . Di mana hanya keesokan harinya untuk penantian ini berakhir . Segala usaha , penat lelah , pahit manis perjuangan selama 11 tahun saya di arena ilmu akan dipersembahkan dalam bentuk kejayaan ataupun kegagalan .

Ya emangnya benar sekali , jika kita lihat , ada satu kata-kata yang sering sekali kita dengar dalam laman sosial ini di mana berbunyi :

"Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya . Namun untuk hari esok , kegagalan hari esok bererti kegagalan kami untuk memberi kejayaan kepada ibu bapa kami , kepada guru-guru kami , kepada sekolah kami , masyarakat kami , serta negara kami dan terutamanya kepada agama kami , Islam ."
Jadi , sebenarnya , setiap individu menyumbangkan jasa dan pengorbanan mereka dalam usaha menjayakan kami semua sebagai anak didik mereka . Dan kami ini cuma ingin kejayaan kami pada hari esok adalah kejayaan mereka semua . Kami tidak mahu menjadi kacang lupakan kulit .

"Lantak pi depa na . Esok result kita aja , bukan depa semua ."
Betul . Tapi cuma kita refresh balik selama 17 tahun untuk ibu bapa , 11 tahun untuk guru-guru , 6 tahun di sekolah rendah , 5 tahun di sekolah menengah , 17 tahun untuk agama kita , selama inilah mereka menyumbangkan jasa mereka demi masa depan kita . Untuk masa depan yang lebih cerah .

Aku .
Syukur kehadrat Allah .
Diberi kejayaan di dalam UPSR .
Diberi kesenangan di dalam PMR .
Tapi esok .
Esok merupakan titik penantian untuk seluruh masa aku berjuang dalam pendidikan.
Keluarga juga berjuang .
Bertungkus-lumus menyediakan yang terbaik .
Pakaian , sekolah , buku-buku , wang saku .
Guru-guru .
Berjuang untuk mengajar .
Sanggup hadir untuk kelas tambahan .
Terpaksa meninggalkan keluarga mereka tercinta .
Demi anak bangsa mereka .
Demi kita semua .

"SPM memang bukan segala-galanya . Tapi dengan itulah kita berpegang demi kejayaan bersama bukan kejayaan individu . "

#TarbiahSentap
#BurungBiru

"Kenapa Allah beri kamu kecemerlangan? 
           1. Kamu bersungguh-sungguh berdoa dan kamu tinggalkan dosa .
           2. Istidraj "

Jadi saya menyeru kepada kamu semua .
Terutama kepada #Batch97
Hayati perjuangan insan sekeliling .
Fahami pengorbanan mereka .
Jika kita berada di tempat mereka .
Kita akan merasakan perasaan yang sama .
Ayuh ,
Kita bersatu .
Tadahkan tangan anda .
Doakan bersama .
Jikalau tidak keberatan ,
Ajak mereka .
Allah tidak semestinya mendengar doa kita sahaja.
Namun Allah pasti mendengar doa orang di sekeliling kita .
Doakan juga kepada #Batch97 .
Susah senang kita bersama .
Soalan KBAT tiada senang.
Namun ,
Kita tetap tempuhinya .
Esok hari kita .
Hari untuk kita .
Face it .
And enjoy the day .
Malam ini .
Seek the forgiveness .
To God .
To our parents .
To our teachers .
Whether they were our teachers in kindergarden , primary school and secondary school .
To our friends .
To our relatives .
To everyone .
Mereka merupakan penembak doa untuk anda semua .
Sirru ala barakatillah .
Bittaufiq wannajah .
Salam sayang dari saya .
Perutusan khas untuk #Batch97

"We will always remember the past . Why? 
Because from the past , we create the future." 

R4BIA - Ia Telah Menjadi Syiar

Bismillah .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , dapat juga saya membuat sedikit coretan di waktu yang agak sibuk ini. Insya-Allah , dengan izin Allah , entri kali ini ingin saya katakan tentang R4BIA - Ia telah menjadi syiar.
Moga Allah permudahkan antum semua untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan kepada antum .

R4BIA - Ia Telah Menjadi Syiar

Apa itu R4BIA ? (Hmm , macam menarik ajaaa - monolog dalaman )

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apa ke benda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera Mesir. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.


MTAS - FENOMENA DAKWAH

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t.

MTAS ?

stands for Mr The All Shared . sounds familiar ? yaa , a group that makes video berunsurkan dakwah . truly awesome. tak dapat digambarkan dengan perkataan . btw , if you tak kenal langsung , hahaha , jangan risau , ada caranya . semua masalah ada penyelesaiannya.

1) like dekat facebook .
    mulakan dengan bismillah.
    kene search dulu . taip : mr the all shared
    cari button like , done .
    akhiri dengan alhamdulillah.

2) follow dekat twitter.
    mulakan dengan bismillah.
    search . taip : @all_shared
    tekan follow , done .
    akhiri dengan alhamdulillah.

GUYS OF AL-KAHFI ABAD 21

GUYS OF AL-KAHFI ABAD 21
Bulan September sering dikaitkan dengan bulan pengambilan pelajar-pelajar yang baru ke mana-mana Universiti atau Kolej dalam pelbagai bidang disamping berbagai tahap-tahap pengajian. Saban tahun, banyak university dan kolej ini melahirkan ribuan graduan, namun hari ini melihat semula kepada para remaja adakah kita boleh berasa selesa dengan angka yang mahu terlibat menyebarkan kefahaman islam tidak kira melalui jalan yang mana sekalipun berbanding mereka yang hanya memikirkan untuk memenuhi rutin kehidupan manusia biasa sahaja iaitu bekerja dan berkeluarga?
Belum lagi dinilai melalui status jenayah dan keparahan masalah social yang semakin menular dalam masyarakat kita hari ini, adakah kita bisa yakin bahawa generasi muda yang sedia ada kini boleh mencorak kehidupan lapisan generasi akan datang dengan ciri-ciri islam yang sempurna? Di sini, tergambar kepentingan golongan muda terutama yang bergelar mahasiswa untuk meningkatkan diri dengan tidak hanya dalam akademik tetapi mengcakupi aspek keluhuran peribadi.
Demikian, apakah ciri-ciri mahasiswa yang dikehendaki untuk kebaikan bagi setiap generasi?
Apakah ada contoh efisen yang bisa diteladani untuk membangunkan generasi dewasa ini?

Pemuda-pemuda pemelihara iman
Mungkin sebahagian daripada kita biasa melazimi pembacaan surah al-Kahfi pada pagi hari Jumaat. Namun amat malang jika kita cuba mendekati al-Quran dengan lebih mendalam dengan berusaha membaca kisah-kisah yang terdapat dalamnya terutama kisah pemuda-pemuda al-Kahfi yang teruji iman mereka. Pun begitu mereka tetap dengan pendirian bahawa Allah sahaja Tuhan yang Esa.

DI MANA KITA ?

DI MANA KITA ?
Hari berganti hari, kita menyaksikan perkembangan teknologi yang semakin signifikan fungsinya dengan gaya hidup orang muda.
Mungkin zaman Friendster, My Space dan yang sewaktu dengannya telah tinggal menjadi kenangan yang dilupakan.
Namun, dengan perkembangan teknologi yang ada ini, sungguh wajarlah kita bertanya pada diri, di manakah kita hari ini di hadapan Tuhan yang Maha Esa?

Zaman Yang Mencabar Keimanan
Hidup di zaman teknologi ini mendekatkan kita dengan pelbagai sumber ilmu dan kebenaran, tetapi manusia semakin hilang sensitiviti di hadapan Tuhan.
Di zaman video tazkirah dan peringatan sangat banyak di laman sesawang, video maksiat dan dosa juga sangat mudah diakses. Di zaman peringatan sangat banyak di’share’ di dinding MukaBuku, tak kurang juga ramai yang mempromosi dosa di dinding yang sama. Laman sesawang yang menghubungkan manusia seumpama Facebook dan Twitter seakan-akan telah menjadi pasaran lambak untuk promosi diri secara murahan melalui gambar bercouple, gambar dan video murahan maruah wanita.
Bagaimanakah kita melalui semua ini?
Dengan akaun Facebook serta laman sesawang semua ini, siapakah kita di hadapan Tuhan pada hari ini?
Apakah taqwa kita semakin bertambah dengan membaca peringatan-peringatan yang banyak melata di dinding-dinding kehidupan maya ini?
Apakah semakin tertingkat prestasi ibadah dan ilmu kita dengan menatap dinding yang penuh informasi ini?
Sungguh, ini zaman yang mencabar keimanan.
Peringatan dan tazkirah populis banyak melata, tetapi seakan tiada mengesani jiwa.
Di manakah kita dengan tazkirah yang telah kita hadam sebentar tadi selepas kita keluar meninggalkan akaun FB dan laman sesawang kita yang lain? Apakah ia telah diterjemah ke dalam kehidupan?
Atau ia hanya akan semata-mata tinggal sebagai pesanan populis untuk ditatap oleh ramai orang?