Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , dapat juga saya membuat sedikit coretan di waktu yang agak sibuk ini. Insya-Allah , dengan izin Allah , entri kali ini ingin saya katakan tentang R4BIA - Ia telah menjadi syiar.
Moga Allah permudahkan antum semua untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan kepada antum .
R4BIA - Ia Telah Menjadi Syiar
Apa itu R4BIA ? (Hmm , macam menarik ajaaa - monolog dalaman )
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apa ke benda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera Mesir. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Bagaimana R4BIA boleh muncul ? ( ce cite - ce cite )
Pemilik bagi simbol ini telah syahid di medan Rabia Al-Aawiya terhadap rampasan kuasa tentera yang berlaku di Mesir pada tanggal 3 julai 2013. Rakyat Mesir yang yang ingin menuntut semula kepercayaan, kebebasan, masa depan dan suara yang telah mereka lontarkan bagi President pertama Mesir yang dilantik telah menyebabkan satu halangan kolektif yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah dunia pada tanggal 28 Jun, di Medan Rabia Al-Adawiya.
Pada mulanya mereka telah membuat simbol tersebut di sana dengan mengangkat empat jari mereka. Ia tidak pernah terilham siapa yang mencipta simbol tersebut atau siapa yang tampil dengan idea seperti itu. Apabila mereka ditanya dua bulan kemudian apakah maksud simbol tersebut, mereka menerangkan: “ini merupakan simbol ‘Rabia’. ‘Rabia’ membawa erti empat atau keempat dalam bahasa Arab. Nama bagi medan ini berasal daripada Rabia al-Adawiya, seorang wanita mulia dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh.Beliau mendapat gelaran Rabia kerana beliau merupakan anak keempat dalam keluarga dan kita menggunakan simbol tersebut sebagai lambang untuk menghargai legasi beliau.
Faktor kedua mengapa simbol ini membawa makna yang penting ialah fakta bahawa Presiden Mohamed Morsi merupakan presiden Mesir yang ke empat setelah Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Kita membuat simbol untuk mengingatkan masyarakat akan ‘presidency’ beliau. Tambahan pula, mereka yang berkumpul di dataran Tahrir untuk menyokong rampasan kuasa tentera lebih gemar menggunakan simbol V dengan mengangkat dua jari mereka.
Kita tidak boleh menjadi sama seperti orang-orang tersebut. Kita guna dan membezakan simbol Rabia dengan tujuan untuk membezakan diri kita dengan mereka. Apabila pihak pro-demokrasi berdemonstrasi dan membuat penerangan seumpama ini seawal waktu tanggal 14 Ogos, pihak tentera Mesir telah bergerak ke kawasan Rabia al-Adawiya untuk melepaskan tembakan untuk pembunuhan orang awam secara besar-besaran yang telah disaksikan dalam sejarah. Ia juga seumpama sekelompok manusia yang menerangkan akan simbol tersebut juga dianggap syahid.
Laman sesawang (website) ini mengandungi gambar-gambar dan rakaman video, mereka-mereka yang telah membuat simbol ini pada masa lalu, sejurus sebelum pembunuhan. Berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Mesir, simbol Rabia telah datang untuk lebih mudah dikenalpasti dan sejak daripada itu, ia telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Dalam masa yang singkat sahaja, simbol tersebut telah menjadi satu lambang yang diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat Muslim yang berdiri menentang kedua-dua negara Timur dan Barat yang telah memilih untuk menafikan keganasan beribu-ribu masyarakat awam di Mesir.
Di antara banyak-banyak logo yang direka untuk mewakili lambang Rabia, lambang yang mempunyai ciri atau lambang tangan berwarna hitam berlatar belakangkan warna kuning telah dipilih kerana lebih menonjol dan lebih mudah dikenalpasti daripada logo-logo yang lain dan masyarakat juga telah mula untuk menggunakannya di serata pelusuk dunia. Perlu diberi perhatian, bahawa para pereka logo tersebut telah memaklumkan bahawa warna kuning telah digunakan pada logo tersebut bagi merujuk kepada Kubah Masjid Qubbatus Sakhra di Baitulmakdis, kiblat pertama umat Islam dan warna hitam merujuk kepada ‘qiswah’ (tirai hitam yang menutupi Ka’bah).
Simbol atau logo Rabia ini kemudiannya tersebar meluas di seluruh pelusuk negara dengan berkat roh para syuhada yang syahid di Medan Rabia dan menjadi simbol global bagi komuniti Muslim. Jawapan-jawapan ini ditemui pada website yang merujuk kepada persoalan “What is R4BIA” (Apakah itu R4BIA) yang disusun daripada tafsiran-tafsiran terpilih oleh masyarakat Muslim di seluruh dunia. Hatta sehingga kini, para intelek Muslim, para pemikir, wartawan dan masyarakat umum khasnya cuba menerangkan simbol tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Simbol Rabia merupakan lambang kebangkitan, cetusan sebagai responsi bagi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, penindasan dan bagi jangka panjang politik, ekonomi dan tekanan budaya di Timur dan Barat yang telah mensasarkan masyarakat Islam dan Muslim. Konsep yang diperkenalkan oleh Barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, persamaan dan hak untuk terus hidup, sering dipraktikkan dalam bentuk ‘double standard’ (pilih kasih dan pilih bulu) benar-benar telah jatuh dan musnah di Palestin, Syria, Bosnia dan akhir sekali di Mesir.
Dengan semangat simbol atau logo Rabia, konsep-konsep atau apa-apa yang sama dengannya, akan menafsiran semula prinsip-prinsip Islam. InsyAllah kebangkitan ini akan menjadi satu sumber inspirasi kepada setiap individu, tanpa mengira kepercayaan dan ethnik yang sentiasa mencari kebenaran, persamaan dan kebebasan di dunia ini. Sokongan atas setiap usaha yang bertujuan mencari hak dan kebebasan yang disebarkan melalui simbol ini dapat menunjukkan kehormatan dan nilai-nilai murni manusia.
Simbol Rabia dan roh para syuhada yang diberkati ini akan menyatukan umat Islam dan bangsa, diasingkan antara sempadan yang telah dibuat dan negeri-negeri yang diduduki dan diperintah oleh pihak Timur dan Barat. Tidak ada satu negara pun, kumpulan atau individu yang menuntut simbol ini sebagai mereka punya. Oleh itu, amat tepatlah mereka menghindarkan nikmat yang Allah kurniakan di dunia Islam ini daripada terus dikeruhkan demi para syuhada.
Pentadbiran laman sesawang ini tidak memiliki atau mengurus simbol ini, pun juga; mereka hanyalah hamba yang berjuang untuk Islam. Komuniti global Muslim akan menentukan hala tujunya sendiri. “Dan bertawakkallah kamu kepada Allah; dan cukuplah kepada Allah sahaja kamu bertawakkal” (Surah al-Ahzab, Ayat 3)
Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
R4BIA - Ayuh , Cakna Bersama .
R4BIA
merupakan satu simbol kebebasan
merupakan kelahiran satu gerakan baru untuk kebebasan dan keadilan
merupakan kelahiran satu dunia baru
merupakan kembalinya Umat Islam ke pentas dunia
bermaksud keadilan, kebebasan dan hati nurani
merupakan tempat dimana nilai-nilai Barat telah runtuh
bermaksud wira-wira Mesir yang menjadi bebas melalui kematian
merupakan Mesir, Syria, Palestin dan seluruh geografi Islam.
merupakan nama-nama mereka yang membangunkan seluruh dunia Islam dengan kematian mereka
merupakan tempat orang-orang yang menunjukkan kematian sebagai kebangkitan semula
merupakan anak perempuan kita, Asma
merupakan cucu Hasan Al-Banna
merupakan nama anak-anak kita yang bakal mengubah dunia
merupakan nafas baru kepada kamanusiaan
merupakan keadilan kepada semua orang terhadap nilai-nilai barat yang jelek.
merupakan roh kepada kebebasan lelaki dan wanita
merupakan tangisan, kesedihan dan kemuraman
merupakan keriangan, kegembiraan dan khabar yang baik
merupakan anak, wanita, orang muda dan tua.
merupakan seorang manusia seperti lelaki
merupakan suatu yang lurus seperti ‘Alif’ dan rendah diri seperti ‘Waw’
merupakan syahid yang sebenar
merupakan dunia baru
merupakan Ummah
merupakan perpaduan, kesatuan dan persaudaraan
merupakan penyatuan dunia Islam
merupakan suatu yang memalukan bagi mereka yang bersekongkol dengan jenayah pembunuhan beramai-ramai
merupakan pengakhiran kaum munafik yang menyokong pembunuhan beramai-ramai
merupakan pengakhiran minyak para sheikh
merupakan pengakhiran Kapitalism
merupakan pengakhiran Zionis
merupakan pengakhiran kepada tekanan yang tidak bermoral
merupakan arena para syuhada
merupakan ibu kepada syahid
merupakan senyuman para syuhada
PERHATIAN !!!! Baca dan fahami . Dan berhati-hati.

Lastly , akhirulkalam ada perkongsian video . Jom ambil ibrah .
0 Komentar