REQUEST FROM A FRIEND

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t.

Ada seorang kawan minta entri ini bercerita tentang sahabat , insya-Allah akan cuba diusahakan. Moga Allah permudahkan.



Sahabat ,

Atas apa kita bina persahabatan ini ?

Atas dasar apa kita nak kukuhkan persahabatan ini?

Atas prinsip apa kita nak konsisten dalam persahabatan ini?

Dan jawapannya , kita tanya iman kita . *tepuk dada , sakit dada pulak* hahaha .

Kita sering harapkan persahabatan yang kita bina ini , sentiasa berkekalan . sampai ke Jannah Ilahi . Tapi kita sering silap dalam cara mengekalkan persahabatan kita . 

REVIEW FILEM : USTAZ , MU TUNGGU AKU DATANG !

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t .

Alhamdulillah , tanggal 28 November 2013 , aku diberi kesempatan untuk melihat filem terbaru dekat pawagam . first time tengok filem time first day tayang . hahaha . biasalah . mane selalu tengok wayang .

Tajuk Filem : Ustaz , mu tunggu aku datang !
Barisan Pelakon : Shiro (tunggak utama) dan penampilan khas : Ustaz Azhar Idrus


Sinopsis Filem : 

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Review :

For me , best . Mesej yang cuba disampaikan berjaya . Penonton-ii termasuk aku , gelak sakan . Bagi aku , mesej utama filem ini , about hijrah .

Sejahat-jahat manusia , if dia betul-ii bertaubat , menyesal atas apa yang dilakukan , Allah akan terima dia semula. Allah Maha Penerima Taubat . Rahmat Allah itu luas . Lebih luas dari langit dan bumi . Time perjalanan Dadu dan Muiz nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pun maksudnya mereka benar-ii nak berubah . dari orang yang tak punya arah tuju , mulai mencari jalan pulang . Dan akhirnya , mereka dapat jugak bertemu dengan orang yang dicari , dan berjaya mencapai matlamat mereka. Like our life , bukan mudah kita nak mencari jalan pulang , ada yang diuji dengan bermacam-ii cabaran dan dugaan hidup . Life not easy as you think , my friends . Ada yang putus asa , disebabkan fikiran jumud orang , ada yang tak dapat supporters , ada yang tak dapat konsisten . Bukan mudah dan bukan mustahil nak berubah . Terletak di tangan anda ! Anda yang menentukan .

Secondly , solat .

Ada satu scene , where Dadu lari dari masjid , sebab Ali ajak solat berjemaah dekat masjid . Dadu tanya dekat diri dia ,
"Kenapa aku lari aa ? Padahal dia ajak aku solat je . "
Dalam kita cuba untuk beribadah , syaitan dan nafsu sentiasa akan cuba untuk menganggu konsentrasi kita dalam melakukan ibadah . Ada yang diuji dengan bermacam-macam dugaan. Antaranya perasaan malas muncul saat kita bergegas mahu melakukan ibadah. Kenapa kita rasa malas bila kita nak lakukan ibadah ? Sebab kita tak dapat lari dari nafsu dan godaan musuh dalam selimut . Yup , that the only reasons .
"Semakin maju dunia ini , semakin kuat senjata syaitan untuk menggoda dan menyesatkan kita."
Dan macam mane nak elak? hahaha . doa + usaha = tawakal . yup , that way bole guna . cuba dulu dan lihatlah kesannya. And semat dalam hati , kenapa kita kene solat ?
"Kenapa kita solat ?"
"Sebab itu tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita."
And last but not least , dunia ini adalah perhiasan bagi yang kafir , manakala penjara bagi yang beriman.

Mohammad Nour : Harmony Band

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t

This entry nak post lagu favourite . Na tahu lagu ape ?


*lirik ada di bawah*in arabic for sure*

محمد نور
يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
هو الحبيب الذي ترجى شفاعته لكل هول من الاهوال مقتحم

يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم
وطر على ناقة الاشواق في سحر ما اطيب الوصل حظا حين تقترب
نعم سرى طيف من اهوى فارقني والحب يعترض اللذات بالالم
فالتوسل هو طلب حصول منفعة او اندفاع مضرة من الله بذكر اسم نبي او ولي اكراما للمتوسل به
الطلب من الله لان الانبياء والاولياء لا يخلقون مضرة ولا منفعة ولكن نحن نسال الله بهم رجاء تحقيق مطالبنا
فنقول
يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
يا خير من دفنت بالترب اعظمه فطاب من طيبهن القاع والاكم

يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم
شد الرحال الى القبر الذي قصدت ترجو التبرك منه العجم والعرب
محمد سيد الكونين والثقلين والفريقين من عرب ومن عجم
محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

فاق النبيين في خلق وفي خلق ولم يدانوه في علم ولا كرم
يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم
عظم تولى ترنم كرم احترمن اتبع تنسك تنل تعظيمه يجب
وانسب الى ذاته ما شئت من شرف وانسب الى قدره ما شئت من عظم
فالتوسل هو طلب حصول منفعة او اندفاع مضرة من الله بذكر اسم نبي او ولي اكراما للمتوسل به
الطلب من الله لان الانبياء والاولياء لا يخلقون مضرة ولا منفعة ولكن نحن نسال الله بهم رجاء تحقيق مطالبنا
فنقول
محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

فمبلغ العلم فيه انه بشر وانه خير خلق الله كلهم
محمد سيد الكونين والثقلين والفريقين من عرب ومن عجم
هو الحبيب الذي ترجى شفاعته لكل هول من الاهوال مقتحم

محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور





#R4BIA : TREND ATAU KEFAHAMAN ?

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t 

Up-to-date isu semasa. Kepada sahabat yang masih tidak tahu atau mencari-cari apa yang sebenarnya berlaku diMesir sekarang, cuba fahami gambar dibawah. Siapa pemberontak siapa pejuang? 


Okey, dah faham apa yang berlaku. Secara ringkas, Dr-Morsi merupakan Presiden Mesir yang baru dilantik selepas memenangi pilihanraya tahun lepas, 2 bulan lepas beliau telah digulingkan oleh  jeneral yang dipercayainya sendiri. Akhirnya, Dr-Morsi dipaksa meletak jawatan sebagai presiden atas desakan tentera dan pemberontak. Jadi, Berlakulah pertembungan diantara pro-morsi dan pemberontak (tahghut). Sedangkan tidak patut sama sekali beliau(Morsi) diperlakukan begitu. 

Seterusnya korang boleh baca entry sedara 'angel pakai guci' . Khas buat sedara sedari yang nak tahu lebih lanjut konflik diMesir. cara penyampaianny simple. boleh faham . serius talk, bagi saya. wajib baca. "Konflik Mesir untuk dummies" .

Jika Sedara sedari yang kaki facebook juga boleh up-to-date dengan page Mesir Kini ,Prihatin Mesir , Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir , dan Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini . Insya-Allah yang baik kita boleh percaya.

Okey, sekarang diFacebook dan twitter kita penuh dengan hash tag #R4BIA kan.

Apa itu #‎R4BIA‬?


" Why is ‪#‎R4BIA‬ is trending right now?

The “Rabaa Sign” has become the sign of the anti-coup protests in Egypt. It literally means number four or fourth in Arabic.

The "Rabaa Sign", like the "Peace Sign" for Palestine, symbolizes a specific event that is the massacre on August 14 at the famous Rabaa al-Adawiya Square where the anti-coup protesters voice their demands by raising their four fingers.

Ameen Misran

Dengan kata lain. Raba'ah / Arbaah = Empat

Dimana "Raba'ah" atau "Dataran Rabiah Adawiyah" merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.

Maksudnya juga :

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Jadi kita boleh kata #R4BIA adalah satu tanda protes kepada kekejaman yang berlaku diMesir. Tanda Kebebasan . Solidariti buat mereka. 

And I hope please don't underestimate the power of a sincere do'a. No matter who you are, your sincerity will break any barriers between you and Allah. Done solah, pray for them.

"Allahumma mansur ikhwanana majahideen fi Palestine, fi Gaza, fi Syria, fi Mesir, fi Kashmir, fi kulli makan wa kulli zaman ya Allah."


Akhir kalam, aku harap ini bukan semata-mata trending. dulu masa raya tahun lepas isu palestin kena serang zionis israel, kita kecoh sampai nangis-nangis serta boikot McD dan sebagainya , tapi bila dah lama, korang pun senyap. Tak lama selepas itu, Isu diSyria. punya bersemangat sehingga penuh dengan kata makian terhadap basyar diFB dan twitter. tapi bila dah lama, korang pun senyap. Sekarang , berlaku perkara yang sama diMesir. adakah korang masih begitu?

Jika sama, aku harap moga tarbiyyah ikut musim ini menjadi istiqamah dalam diri anda semua. Buka minda dan hati, Bangkit dari pintu-pintu khayalan anda, sedara kita disana serang berperang menegakkan kebenaran. tak kan lah kita hendak berdiam saja. 

Aku ingin berkongsi dengan sedara sedari satu text daripada adik kepada 'ustazah' yang aku kenal belajar dimesir, katanya..

"Urung mangen, orak eneng selero. saudara ku kabeh wes syahid neng medan perjuangan masakan ak neng kene mangen seenaknyo. sedih loh troso waey perasaan ko, yo ler kok cedek banget tmpt peperangan neng kene. ak ki sedang menghafal quran, orak iso turu. masjid cedek neng kene yagudi wes bakarin"

Dia orang jawa aku rasa. jadi suruh dia translate. 

"Belum makan. takda selera, saudaraku semua syahid dimedan peperangan. tak kan aku nak makan seenaknya. sedihlah terasa sangat kat perasaan ni, teruk sangat peperangan kat sini. aku sekarang kena menghafal al-quran, tak boleh tidur dah. masjid habis kena bakar dengan yahudi"



Jangan berdiam saja, Bangkitlah daripada tidur. Umat disana sedang berperang!

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."
[al-Anfal, 8:22]

TEGUR DENGAN BERHIKMAH

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t ,

Asasnya, memberi teguran dan sentiasa memperbaiki diri dan orang lain tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini.
Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.
Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif. Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur.
Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.
Sebelum Memberi Teguran, Sila Betulkan Niat
Apabila terdetik sahaja dalam hati bagi menegur kesilapan orang lain, maka ‘pause’ diri kita terlebih dahulu dan tarik nafas.
Betulkan niat supaya kita tidak terdorong untuk melampiaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hati di atas sikapnya.
Lazimnya, hati yang ikhlas memberi teguran akan lebih mudah diterima. Niat kita yang murni itu akan disampaikan oleh Allah dalam keadaan yang murni juga.
Ini berlawanan sekiranya niat kita memberi nasihat dengan tujuan – tujuan lain, bukan nya tujuan untuk membetulkan kesilapan untuk dibaiki.
.
Memberi Teguran dengan Teknik XYZ
Ahli psikologi bernama Haim Ginot mencadangkan satu teknik teguran yang diberi nama“Teknik teguran XYZ”.
Teknik ini menganjurkan kita menggunakan frasa itu semasa menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”
Contoh:
Amin apabila kamu buang sampah merata-rata di dalam bilik, saya berasa kurang selesa. Oleh itu, saya lebih suka sekiranya awak buang sampah di tong sampah yang disediakan. pasti awak dan saya berasa selesa dan gembira.
Kesimpulannya, apabila mahu menegur seseorang itu, maka kaedah “bawa berbincang” adalah kaedah terbaik. Elakkan daripada menyentuh peribadi pihak itu.
Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran itu.
.
Memberi Teguran Yang Tegas Dalam Santun
Gunakan konsep dua dalam satu iaitu tegas dalam santun. Gunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang.
Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya.
Kawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi.
Ini bertepatan dengan firman Allah kepada Nabi Musa dalam misinya berdakwah kepada Firaun,
Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut (Surah Taha, ayat 33 – 34)
Contoh :
Khairil, saya mintak maaf. Tetapi saya perlu sampaikan teguran ini kepada awak. Saya harap awak tidak lagi mengeluarkan kata – kata kesat pada rakan – rakan lain dan saya. Senang hati saya sekiranya awak dapat berubah.
.
Mula Dengan Sesuatu Yang Positif
Manusia mana yang suka ditegur?
Pernah saya dimarahi secara umum apabila lewat tiba ke bilik mesyuarat. Perasaan saya pada waktu itu begitu tidak puas hati walaupun saya sedar kesalahan saya.
Kewajaran “7 kritik 1 puji” dapat digunakan dalam konsep ini. Kita mengambil hati orang yang mahu ditegur, kemudian baru kita menjalankan niat kita tadi. Sebagai contoh:
“Kamu ini saya tengok memang bagus, sembahyang tidak tinggal, hormat ibu bapa, guru – guru sayang kamu, kacak pula. Tapi, satu sahaja yang aku tidak berkenan. Perangai kamu yang suka membuka aurat tu..”
.

Memberi Teguran Secara Hikmah

Cara menegur setiap orang adalah berbeza – beza. Cara menegur kanak – kanak dan orang dewasa juga adalah berbeza. Menegur berlainan jantina juga adalah berbeza.
Perhatikan Rules of Thumb ini
Apabila menegur cuba duduk di sebelah orang yang ditegur, bukan di hadapan. Kedudukan di tepi menyebabkan orang yang ditegur kurang berasa defensif berbanding kedudukan di hadapan.
Orang yang tinggi egonya, perlu diberi teguran secara cabaran yang dapat mencabar egonya sehingga dia mahu menunjukkan kebolehannya.
Kadangkala, ada orang yang membuat perangai kerana rasa tidak diperlukan. Orang sebegini perlu diberi lebih peluang memikul tanggungjawab yang lebih besar.


 cc : akuislam.com 

KAWAN atau SAHABAT ?


Assalammualaikum w.b.t

Kawan ? Sahabat?

Siapa kata sama ?

Siapa kata berbeza ?

Terpulang kepada pendapat , pandangan , isi hati , akal fikiran masing-ii .

For me , different . Sebab apa ? Sebab kawan dengan sahabat , if we look at the words , sudah semestinya berbeza . aduh , pikir apa lagi dong ? *baling pisau*

hahaha XD . relax relax . mukadimah baru .

Bismillah .

Let me explain the differentiation about kawan and sahabat .

Menurut buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf ( CEO Langit Ilahi) , sahabat ini bererti orang yang membawa kita kembali kepada Allah . tak kira samada orang yang sebaya , ibu bapa , keluarga , saudara-mara , jiran tetangga , masyarakat mahupun kerajaan .the point is asalkan orang itu membawa kita kembali kepada Allah digelar sahabat .

No matters what if seseorang itu just tegur walaupun sekejap mahupun selalu , as long as he or she remembers us about Allah , need to call as sahabat .

Untuk peringatan , manusia tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan . kadang-ii when kita tegur seseorang itu , cepat sangat meradang , and sometimes terus defend diri dia , terus cakap
"Alaa , kau dulu 2 X 5 jugak . sama je macam aku . tak payah nak jadik malaikat sangat la ."
dan kadang-ii ada je situasi  when kita tegur seseorang tu , dia senyap . and terus menyepi sampai tak dengar berita . *biase la , merajuk pun ada masa panjang masa pendek*

"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

hahaha . pernah dengar kan ?

tapi janganlah niat laen . if nak tegur sebab anything about Islam whether aurah or ilmu agama yang dia cakap silap ke , tegur dengan cara yang baik . jangan terus underestimate dea , condemn dea or terus bash and block dea .
"Jika ada orang yang datang menegur kita , dengarlah teguran tersebut , bukan orang yang memberi teguran"
see ? kita dengar teguran . bukan lihat siapa yang menegur . sebab apa ? sebab if kita tengok orang yang menegur , kerja-ii dakwah akan terus stucked mcm tu je . sebab semua nak rase diri dia perfect and no such thing as mistakes in their life .
"Jika kita nak lihat kesempurnaan dalam diri orang yang menegur , sampai bila diri nak sempurna ? Ingat , manusia tak sempurna !"
so the reason why manusia hidup aman damai , when people tegur , they quickly realised about what their mistakes and terus betulkan kesilapan tersebut . bukan asyik tengok diri orang yang menegur sampai tak sudah , lastly bosan and terus cakap "Aku lagi perfect laaa !"

hahaha . *beli cermin , saiz besar , letak dalam bilik , usha puas-ii*

by the way , when seseorang condemn , bash or block , ingat , think positive . belum sampai hidayah lagii . and kita doakan agar pintu hatinya dibukakan . tapi , itu selepas kita da sampaikan dakwah or teguran tersebut .

Rasulullah SAW bersabda , mafhumnya :
" Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya,sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
(HR Abu Said Al-Khudri) 

thats the stage of dakwah . learn from it . 

from U A I 

for the last but not least , tegur dengan berhikmah , bukan semberono je .

S P M : Soalan Paling Mudah *kononnya*


Assalammualaikum w.b.t ,

Entry ini hanya untuk kesedaran tuan empunya blog , and to the candidates of SPM'97 !

SPM . ever heard about it? ya , next year is the tough year for me . when i'm waited for 4 years and the next year is SPM . what is that ? let me spell for you , one letter to the other one . 

S I J I L 
P E L A J A R A N
M A L A Y S I A

sekarang , tinggal beberapa bulan sahaja lagi . kira sama-ii ? jom . hahaha . 

D I S E M B E R
J A N U A R I
F E B R U A R I
M A C
A P R I L
M E I
J U N
J U L A I
O G O S
S E P T E M B E R

and the preparation stops . why ? sampai Oct sahaja , otak da masuk restricted area . maybe sebab otak sudah mula gelabah , resah gelisah , and semua lah. sibuk dengan kelas tambahan , centre tuition , and seminar yang berlambak tu , Oh My Allah , semoga dipermudahkan . 

bak kata senior , lepas je SPM , macam HEAVEN rasenya . bole enjoy . bole gi hang dengan kawan-ii . 
but the reality is , our true life are starts after that . bukan ? hahaha . maksudnya , itu bukan zaman persekolahan lagi , where we can easily live . kita da masuk zaman pancaroba . zaman dimana mehnah tribulasi berleluasa . *cewah ayat ! =D * 

by the way , wish me All the Best ya ! may Allah ease my exam , so do you and you and everyone . 


* May Allah ease , aminn *

Syair Pelembut Hati dari Imam Ahmad

Fahamkan , semat dalam minda , alunkan dengan irama hati =D

Jika Rabb-ku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?!
Engkau menutupi dosa dari para makhluk-Ku, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangi-Ku!”
Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku…
Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu…
Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu…
Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku…
Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku…
Aku melihat wajah orang-orang… Tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?!
Aku akan ditanya, tentang apa -yang kukerjakan di dunia ini- yang dapat menyelamatkanku…
Maka bagaimanakah jawabanku setelah aku lupakan agamaku…
Sungguh celaka aku… Tidakkah ku dengar firman Allah yang menyeruku?!
Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di Surat Qoof dan Yasin itu?!
Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu?!
Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?!
Maka ya Robb… akulah hambamu yang bertaubat… Tidak ada yang dapat melindungiku,
Melainkan Robb yang Maha Pengampun, lagi Maha Luas Karunianya… Dia-lah yang menunjukkan hidayah kepadaku
Aku telah datang kepada-Mu… maka rahmatilah aku, dan beratkanlah timbanganku…
Ringankanlah hukumanku… Sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalanya untukku

*perbaiki diri*
*be sociable*be share*

TRIBUTE AHMAD AMMAR

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalammualaikum w.b.t

Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Abd Rahman.

Pelajar yang dikurniakan oleh Allah , satu penghargaan di atas perjuangan beliau dalam mencari erti sebenar kehidupan. dikurniakan syahid di sisi Allah . menyayat hati bila melihat satu video rentetan kisah perjalanan hidup beliau. terdetik dalam hati ini ,
"Ya Allah , bagaimana tentang diriku? adakah aku layak untuk mendapat setinggi-tinggi penghormatan sebagaimana saudara Ahmad Ammar? 
tertanya-tanya dalam hati yang penuh dengan kegelapan dosa , yang aku tahu , hidup penuh dengan maksiat , menghabiskan waktu dengan facebook , tak pun twitter , tak pun tv and just playing the games . tak pernah terfikir nak contribute untuk Islam . solat pun masih perlu diperbaiki , ilmu agama dalam hati and minda ni pun if cukup-ii makan (da out langsung) , conclusion , banyak kekurangan if nak dibandingkan dengan orang lain .

if we take a look on perjalanan beliau , bersungguh-sungguh mahu mengejar syahid . walaupun tak diberi kesempatan when he at Syria , but his friends called him as "Syahid yang Tertangguh". why ? cause beliau pernah beritahu dekat his friends , beliau mimpi tentang bidadari . after he back from Syria . and we been told about satu hadis popular ,
"Barangsiapa yang merintis jalan untuk menuntut ilmu , Allah akan permudahkan jalan ke syurga. (HR Muslim)"
when at Istanbul , Turki , beliau mengambil bidang history in History of Uthmaniyyah. why ? aku selitkan beberapa kata-kata beliau yang diambil dari facebook beliau.
""Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tidak ada kuasa dunia yg lagi lama daripada itu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga?, itu sejarah kita.Kita boleh kembalikan balik sejarah itu. Lepas itu kita ini sudah belajar tinggi-tinggi last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. sebab itu ana ambil sejarah". 
betapa jauhnya pemikiran beliau . *bangga*

and for the last but not least , setelah aku tambah tolak darab bahagi , aku dengan sebulat suara ingin meletakkan video yang telah mencecah  sejuta views walaupun baru sekejap.
*duration of video panjang but meaningful*
*kematian beliau menghidupkan ruh-ruh Islami*