R4BIA - Ia Telah Menjadi Syiar

Bismillah .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , dapat juga saya membuat sedikit coretan di waktu yang agak sibuk ini. Insya-Allah , dengan izin Allah , entri kali ini ingin saya katakan tentang R4BIA - Ia telah menjadi syiar.
Moga Allah permudahkan antum semua untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan kepada antum .

R4BIA - Ia Telah Menjadi Syiar

Apa itu R4BIA ? (Hmm , macam menarik ajaaa - monolog dalaman )

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apa ke benda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera Mesir. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.