Assalammualaikum w.b.t .
Alhamdulillah , tanggal 28 November 2013 , aku diberi kesempatan untuk melihat filem terbaru dekat pawagam . first time tengok filem time first day tayang . hahaha . biasalah . mane selalu tengok wayang .
Tajuk Filem : Ustaz , mu tunggu aku datang !
Barisan Pelakon : Shiro (tunggak utama) dan penampilan khas : Ustaz Azhar Idrus
Sinopsis Filem :
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.
Review :
For me , best . Mesej yang cuba disampaikan berjaya . Penonton-ii termasuk aku , gelak sakan . Bagi aku , mesej utama filem ini , about hijrah .
Sejahat-jahat manusia , if dia betul-ii bertaubat , menyesal atas apa yang dilakukan , Allah akan terima dia semula. Allah Maha Penerima Taubat . Rahmat Allah itu luas . Lebih luas dari langit dan bumi . Time perjalanan Dadu dan Muiz nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pun maksudnya mereka benar-ii nak berubah . dari orang yang tak punya arah tuju , mulai mencari jalan pulang . Dan akhirnya , mereka dapat jugak bertemu dengan orang yang dicari , dan berjaya mencapai matlamat mereka. Like our life , bukan mudah kita nak mencari jalan pulang , ada yang diuji dengan bermacam-ii cabaran dan dugaan hidup . Life not easy as you think , my friends . Ada yang putus asa , disebabkan fikiran jumud orang , ada yang tak dapat supporters , ada yang tak dapat konsisten . Bukan mudah dan bukan mustahil nak berubah . Terletak di tangan anda ! Anda yang menentukan .
Secondly , solat .
Ada satu scene , where Dadu lari dari masjid , sebab Ali ajak solat berjemaah dekat masjid . Dadu tanya dekat diri dia ,
"Kenapa aku lari aa ? Padahal dia ajak aku solat je . "Dalam kita cuba untuk beribadah , syaitan dan nafsu sentiasa akan cuba untuk menganggu konsentrasi kita dalam melakukan ibadah . Ada yang diuji dengan bermacam-macam dugaan. Antaranya perasaan malas muncul saat kita bergegas mahu melakukan ibadah. Kenapa kita rasa malas bila kita nak lakukan ibadah ? Sebab kita tak dapat lari dari nafsu dan godaan musuh dalam selimut . Yup , that the only reasons .
"Semakin maju dunia ini , semakin kuat senjata syaitan untuk menggoda dan menyesatkan kita."Dan macam mane nak elak? hahaha . doa + usaha = tawakal . yup , that way bole guna . cuba dulu dan lihatlah kesannya. And semat dalam hati , kenapa kita kene solat ?
"Kenapa kita solat ?"
"Sebab itu tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita."And last but not least , dunia ini adalah perhiasan bagi yang kafir , manakala penjara bagi yang beriman.
0 Komentar