REQUEST FROM A FRIEND

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t.

Ada seorang kawan minta entri ini bercerita tentang sahabat , insya-Allah akan cuba diusahakan. Moga Allah permudahkan.



Sahabat ,

Atas apa kita bina persahabatan ini ?

Atas dasar apa kita nak kukuhkan persahabatan ini?

Atas prinsip apa kita nak konsisten dalam persahabatan ini?

Dan jawapannya , kita tanya iman kita . *tepuk dada , sakit dada pulak* hahaha .

Kita sering harapkan persahabatan yang kita bina ini , sentiasa berkekalan . sampai ke Jannah Ilahi . Tapi kita sering silap dalam cara mengekalkan persahabatan kita . 



Apa yang penting dalam persahabatan ?

Kejujuran? Rasa kasih-sayang ?

For me , satu je elemen penting . Pengorbanan .

Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk sahabat kita ? Masa , pakaian , harta , dan sebagainya.
Memang susah tapi bukan mustahil kan ? Belum cuba belum tahu . Hahaha . Tapi biaselah. Benda yang baik senantiasa ada halangan dan dugaan.

Satu situasi yang sering berlaku apabila kita sudah berkorban untuk sahabat kita ,
"Eleh bro , kita susah-payah untuk dia , tapi dia ? Lagi tak kenang budi adalah."
"Saya sudah cuba untuk berkorban untuk dia . Tapi dia lagi tak kesah dan cakap yang buruk tentang saya." 
Relax bro . Antara ujian dalam persahabatan macam tu la . Kita berkorban kadang-ii tak dikenang . Bahkan ada pulak yang marah.Marah sebab kita prihatin tentang dia , marah sebab ada orang kacau line . Pelbagai sebab dan alasan when kita cakap kita nak berkorban untuk dia . Tapi kene ingat , sampai bila kita tunggu orang berkorban untuk kita , kalau kita tak cuba untuk berkorban untuk dia ?
"Seorang lelaki yang mahukan kebaikan dari sahabatnya , bukan seorang lelaki yang budiman."
Nah , cuba bayangkan if kawan kita tak tahu langsung pasal pengorbanan ? If dia tahu , tapi tak tahu nak tunjukkan ? Sebab itu , kita yang sudah dapat kefahaman , kita tunjukkan teori dan praktikal untuk dia , dan dia bole praktikkan dalam hubungan dia dengan kita . Dakwah and Tarbiyyah berjalan lancar .
"Hubungan kamu dengan sahabat kamu adalah tanggungjawab kamu dekat Allah. Dan kamu berkorban untuknya adalah tanda kamu melakukan tanggungjawab kamu dekat Allah. Dan hubungan sahabat kamu dengan kamu adalah tanggungjawabnya pula dekat Allah."
(Langit Ilahi 3 , Fanzuru , Hilal Asyaf)


Kita bersahabat dengan seorang atau dua tiga orang sahaja ? Totally wrong . Sebab apa ? Kita bersahabat dengan semua orang . Bukan golongan yang minoriti sahaja. Bahkan satu jemaah . Satu masyarakat . Bersahabat dengan semua peringkat umur . Dan kita hendaklah berhati-hati dalam menjalin persahabatan. 

Dalam sebuah hadis , Rasulullah ada juga menyebut perihal tentang sahabat .

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan)


Last but not least , bersahabat biar dasarnya kerana Allah . kita bersahabat , dapat juga pahala . baru bole kata ukhuwahfillah abadan abada . maksudnya , bersahabat kerana Allah selama-lamanya .

Previous
Next Post »
0 Komentar